Seting Sensor Masakan - Samsung ME109F Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

SETING SENSOR MASAKAN
Jadual berikut menunjukkan 5 Program Sensor Masakan. Ia mengandungi julat
berat yang dicadangkan bagi setiap item, masa biar selepas memasak dan
cadangan-cadangan yang sesuai. Selepas anda memulakan program, masa
memasak dan aras kuasa dikira secara automatik. Proses memasak dikawal oleh
sistem sensor untuk kemudahan anda.
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
Kod/Makanan
Saiz
Masa biar
hidangan
(min.)
1. Brokoli Floret
200-500 g
2. Lobak Merah
200-500 g
Yang Dihiris
3. Kentang Yang
200-800 g
Dikupas
4. Sup/Sos (Dingin)
250-500 g
5. Sup sejuk beku
250-500 g
(-18 °C)
ME109F-1SH_XSM-DE68-03820D_MA.indd 13
Cadangan
1-2
Basuh dan bersihkan brokoli dan sediakan
floret.
Letakkan ia dengan rata di dalam mangkuk
kaca yang bertutup.
Tambahkan 30-45 ml air (2-3 sudu besar).
Letakkan mangkuk di tengah-tengah pinggan
putar. Masak bertutup. Kacau selepas
memasak.
1-2
Basuh dan bersihkan lobak merah dan potong
hirisan bulat sama rata. Letakkan ia di dalam
mangkuk kaca yang bertutup.
Tambahkan 30-45 ml air (2-3 sudu besar).
Letakkan mangkuk di tengah-tengah pinggan
putar. Masak bertutup. Kacau selepas
memasak.
2-3
Basuh dan kupas kentang dan potong kepada
saiz yang serupa. Letakkan ia di dalam
mangkuk kaca yang bertutup. Tambahkan 45-
60 ml air (3-4 sudu besar). Letakkan mangkuk
di tengah-tengah pinggan putar.
Masak bertutup.
2-3
Tuangkan ke dalam pinggan atau mangkuk
seramik dalam dan tutup dengan penutup
plastik semasa pemanasan.
Letakkan sup di tengah-tengah pinggan putar.
Kacau dengan berhati-hati sebelum dan selepas
masa biar.
2-3
Cucuk plastik sup sejuk beku dan letakkan di
tengah-tengah pinggan putar.
Letakkan sup di tengah-tengah pinggan putar.
Kacau dengan berhati-hati sebelum dan selepas
masa biar.
Arahan Sensor Masakan Automatik
Sensor Automatik membolehkan anda memasak makanan anda secara automatik
dengan mengesan jumlah gas yang dijana oleh makanan semasa memasak.
• Apabila memasak makanan, banyak jenis gas yang terjana. Sensor Auto
menentukan masa dan aras kuasa yang betul dengan mengesan gas ini dari
makanan, jadi ia menyingkirkan keperluan untuk menetapkan masa memasak
dan aras kuasa.
• Apabila anda menutup bekas dengan penutupnya atau pembalut plastik semasa
proses Sensor Masakan, Sensor Automatik akan mengesan gas yang terjana
selepas bekas ditepu dengan wap.
• Sejurus selepas proses memasak tamat, masa memasak yang tinggal akan
memulakan kiraannya. Ini merupakan masa yang baik bagi anda untuk
memusingkan atau mengacau makanan untuk pemasakan yang rata jika perlu.
• Sebelum sensor masakan automatik, makanan boleh diperisakan dengan herba,
rempah atau sos pemerang. Sila ambil perhatian bahawa garam atau gula boleh
menyebabkan titik terbakar pada makanan jadi bahan ini harus ditambahkan
selepas memasak.
• Pad fungsi Kurang/Lebih digunakan untuk menambah atau mengurangkan masa
memasak. Anda harus menggunakan fungsi ini untuk menetapkan tahap masak
yang sesuai dengan cita rasa peribadi anda. Perkakas & Penutup Bagi Sensor
Masakan.
• Untuk mendapatkan hasil memasak yang baik dengan fungsi ini, ikut arahan
bagi memilih bekas dan penutup yang sesuai dalam carta dalam buku ini.
• Sentiasa gunakan bekas selamat gelombang mikro dan tutupnya menggunakan
penutupnya atau pembalut plastik. Apabila menggunakan pembalut plastik, lipat
ke belakang satu sudut bagi membolehkan wap keluar pada kadar yang betul.
• Sentiasa tutup dengan penutup khas bagi perkakas yang sedang digunakan.
Jika perkakas tidak mempunyai penutupnya sendiri, gunakan pembalut plastik.
• Isi bekas sekurang-kurangnya separuh penuh.
• Makanan yang perlu dikacau atau dipusingkan harus dikacau atau dipusingkan
di penghujung kitaran proses Sensor Masakan, selepas masa memulakan kiraan
pada paparan.
13
2011-09-10
1:28:00

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents