LG -K130Y User Manual page 82

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk
mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan
proses mengering dengan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar,
ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam
telefon anda. Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada
cecair tidak diliputi oleh waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan
perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas
perentak jantung, contohnya, di dalam poket dada anda.
Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon
mudah alih.
Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh.
Mendedahkan telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau
tinggi akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon
mudah alih di kawasan tempat anda memandu.
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat
demikian.
Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik
di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan
keselamatan.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lgk130y.aseakuLgk130y.aseawh

Table of Contents