LG X240K Manual page 17

Hide thumbs Also See for X240K:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

• Jangan cas peranti berhampiran bahan yang mudah terbakar
kerana peranti akan menjadi panas dan boleh menyebabkan
bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit
ini (jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas peranti di atas perabot yang lembut.
• Peranti hendaklah dicas di kawasan yang baik pengudaraannya.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang
berlebihan.
• Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek tajam kerana perbuatan ini boleh
merosakkan peranti.
• Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau kelembapan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau
membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada
paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah
tidak diliputi oleh waranti ini.
• Peranti anda ialah peranti elektronik yang menghasilkan haba
ketika penggunaan biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam
tempoh yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak
mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga semasa
atau sejurus selepas mengendalikan peranti anda.
• Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan serta
merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba
mempercepatkan proses mengering dengan sumber pemanasan
luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau pengering
rambut.
• Cecair dalam peranti basah anda mengubah warna label
produk dalam peranti anda. Kerosakan pada peranti anda akibat
pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh waranti anda.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents