Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efisien - LG G5 Quick Start Manual

Hide thumbs Also See for G5:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. tidak mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda akan mengumpulkan log
kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell
Id position (kedudukan Id sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log
hanya digunakan untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh
diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik
pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan kadar Penyerapan khusus (SAr).
telefon mudah alih model LG-H860 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang
dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik
yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa
mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai
kadar Penyerapan khusus, atau SAr. Ujian bagi SAr dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan
dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAr pelbagai model telefon LG, semuanya direka bentuk untuk
memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAr yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (commission on
Non-Ionizing radiation Protection) (IcNIrP) Antarabangsa, iaitu 2 W/kg dipuratakan ke atas sepuluh
10 g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga ialah 0.596 W/kg
(10 g) dan apabila dipakai pada badan ialah 1.040 W/Kg (10 g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan rF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 5 mm dari badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian
pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-
kurangnya 5 mm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan mesej, peranti ini memerlukan
sambungan berkualiti pada rangkaian. dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin
ditangguhkan sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga
pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
• Sentiasa menggunakan bateri, pengecas dan aksesori LG tulen yang diluluskan untuk digunakan bersama
model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau
waranti yang berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
• Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti anda tanpa notis lebih awal.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan
diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk penggantian bahagian atau papan
yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti tV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
6

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents