LG LGH502F.ASEAKG Manual page 96

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang
duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan
retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
8
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h502fLgh502f.aseakt

Table of Contents