Olympus SH-25MR Basic Manual page 45

Hide thumbs Also See for SH-25MR:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Jangan menutup denyar dengan tangan semasa denyar
menyala.
• Gunakan kad ingatan SD/SDHC/SDXC atau kad Eye-Fi
sahaja. Jangan gunakan jenis-jenis kad yang lain.
Jika secara tidak sengaja anda menyisipkan kad jenis lain
ke dalam kamera, hubungi pengedar berdaftar atau pusat
perkhidmatan. Jangan cuba mengeluarkan kad dengan cara
paksaan.
• Jika anda dapati penyesuai USB-AC amat panas atau
mendapati sebarang bau, bunyi bising atau asap yang
luar biasa berdekatannya, cabut palam kuasa dari soket
dinding dan berhenti menggunakannya dengan serta-
merta. Kemudian, hubungi pengedar atau pusat servis
yang sah.
BERHATI-HATI
• Hentikan penggunaan kamera dengan serta-merta jika
anda menyedari apa-apa bau, bunyi atau asap yang luar
biasa di sekitarnya.
• Jangan sekali-kali mengeluarkan bateri dengan tangan
sahaja kerana ini boleh menyebabkan kebakaran atau
melecurkan tangan anda.
• Jangan sesekali memegang atau menggunakan kamera ini
dengan tangan yang basah.
• Jangan biarkan kamera di tempat-tempat di mana ia
mungkin terdedah pada suhu yang amat tinggi.
• Tindakan demikian boleh menyebabkan kemerosotan pada
bahagian-bahagian kamera dan menyebabkan kamera
terbakar dalam sesetengah keadaan. Jangan gunakan
pengecas atau penyesuai USB-AC jika ia terselubung
(contohnya dengan selimut). Ini mungkin akan menghasilkan
haba yang berlebihan dan mengakibatkan kebakaran.
• Kendalikan kamera dengan berhati-hati untuk
mengelakkan daripada mengalami kelecuran suhu rendah.
• Apabila kamera mengandungi bahagian logam, haba yang
berlebihan boleh menghasilkan kelecuran suhu rendah. Beri
perhatian kepada perkara berikut:
• Kamera akan menjadi panas apabila digunakan untuk
tempoh yang lama. Jika anda memegang kamera semasa
ia panas, kelecuran suhu rendah mungkin akan terjadi.
• Di tempat-tempat yang amat sejuk, suhu badan kamera
mungkin lebih rendah daripada suhu persekitaran. Jika
boleh, pakai sarung tangan semasa mengendalikan kamera
dalam persekitaran sejuk.
• Berhati-hati semasa menggunakan tali pembawa.
• Berhati-hati dengan tali pembawa apabila anda membawa
kamera. Ia boleh tersangkut pada objek-objek yang terbiar
dan menyebabkan kerosakan serius.
• Sebelum mengangkut kamera, alihkan tripod dan semua
aksesori bukan OLYMPUS yang lain.
Basic̲B̲d4521.indb   45
Basic̲B̲d4521.indb   45
Langkah Berjaga-jaga semasa Mengendalikan
Bateri
Ikut garis panduan penting ini untuk mencegah bateri daripada
menjadi bocor, terlampau panas, terbakar, meletup atau
menyebabkan kejutan elektrik atau kelecuran.
BAHAYA
• Kamera ini menggunakan bateri ion litium yang ditentukan
oleh Olympus. Cas bateri menggunakan penyesuai USB-AC
atau pengecas yang ditetapkan. Jangan gunakan mana-mana
penyesuai USB-AC atau pengecas yang lain.
• Jangan panaskan atau bakar bateri.
• Ambil langkah berjaga-jaga semasa membawa atau menstor
bateri untuk mencegah ia daripada bersentuhan terus dengan
apa-apa objek logam seperti barang kemas, pin, penyepit dll.
• Jangan sekali-kali menyimpan bateri di mana ia akan terdedah
kepada cahaya matahari secara terus atau suhu yang tinggi
dalam kenderaan yang panas, berdekatan sumber haba dll.
• Untuk mencegah daripada berlakunya kebocoran atau
kerosakan pada terminal bateri, ikut semua arahan berkenaan
penggunaan bateri dengan teliti. Jangan sekali-kali cuba untuk
menyahpasang bateri atau mengubahsuai dalam apa jua cara,
memateri dll.
• Jika cecair bateri memasuki mata anda, bilas mata anda
dengan serta-merta dengan menggunakan air sejuk yang
bersih dari paip dan dapatkan rawatan perubatan dengan
segera.
• Pastikan bateri sentiasa disimpan di luar jangkauan kanak-
kanak kecil. Jika seorang kanak-kanak tertelan bateri dengan
tidak sengaja, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
• Jika anda tidak dapat mengeluarkan bateri dari kamera,
hubungi pengedar atau pusat perkhidmatan yang sah. Jangan
cuba mengeluarkan kad secara kasar.
Kerosakan kepada bahagian luar kamera (calar, dsbnya.)
boleh menghasilkan haba atau suatu letupan.
AMARAN
• Pastikan bateri kering pada setiap masa.
• Untuk mencegah bateri daripada mengalami kebocoran,
menjadi terlampau panas, atau menyebabkan kebakaran
atau letupan, gunakan bateri yang disarankan untuk produk
ini sahaja.
• Sisipkan bateri dengan berhati-hati seperti yang diterangkan
dalam arahan pengoperasian.
• Jika bateri boleh cas semula itu tidak tercas semula dalam
tempoh yang ditentukan, hentikan pengecasan dan jangan
guna bateri tersebut.
• Jangan gunakan bateri jika ia retak atau pecah.
45
BM
2011/12/17   13:05:56
2011/12/17   13:05:56

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents