Sony FD Trinitron WEGA KV-DR34 Operating Instructions Manual page 72

Hide thumbs Also See for FD Trinitron WEGA KV-DR34:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN
• TV anda bervoltan tinggi yang membahayakan.
• Voltan pengendalian TV: 110 – 240 V AC.
• Jangan sambungkan palam wayar kuasa TV sebelum anda selesai membuat semua
sambungan yang lain; jika tidak, kebocoran arus yang minimum mungkin
mengalir menerusi antena dan terminal lain ke bumi.
• Untuk mengelakkan kebocoran bateri dan kerosakan alat kawalan jauh, keluarkan
bateri dari alat kawalan jauh jika anda tidak menggunakannya untuk beberapa
hari. Jika anda tersentuh sebarang cecair yang terbocor dari bateri, sila cuci
dengan air secepat mungkin.
Untuk keselamatan diri, jangan sentuh mana-mana
bahagian TV, wayar kuasa dan kabel antena
semasa kilat.
Jangan letak sebarang benda di atas TV anda.
Jangan dedahkan TV kepada titisan atau percikan
cecair dan jangan letak sebarang benda yang
mengandungi cecair seperti bekas bunga di atas
TV anda.
Jangan halang ruang pengudaraan TV. Jangan
letakkan TV di tempat yang tertutup seperti rak
buku atau kabinet.
Jangan buka kabinet dan penutup belakang TV
kerana terdapat voltan yang tinggi dan bahagian
yang merbahaya di dalam TV. Kerja membaiki
dan membuang TV hendaklah dilakukan oleh
orang yang berkelayakan sahaja.
2
Untuk keselamatan kanak-kanak, jangan biarkan
mereka menghampiri TV bersendirian. Jangan
benarkan kanak-kanak memanjat TV.
Jangan pasang TV sekiranya terdapat sebarang
tumpahan cecair atau pepejal yang terjatuh ke
dalamnya. Pemeriksaan segera harus dilakukan
oleh orang yang berkelayakan sahaja.
Bersihkan TV dengan kain yang kering dan lembut.
Jangan gunakan benzina, pencair atau bahan kimia
yang lain untuk membersihkan TV. Jangan lekatkan
apa-apa (contohnya, pita pelekat, pita selofan, gam)
pada kabinet bercat TV anda. Jangan calarkan tiub
gambar.
TV anda hanya untuk kegunaan di rumah sahaja.
Jangan gunakan TV anda dalam sebarang
kenderaan atau di tempat yang amat berhabuk,
panas, lembap atau di tempat yang mengalami
gegaran yang melampau.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fd trinitron wega kv-dr29

Table of Contents