LG KS360 User Manual page 133

Hide thumbs Also See for KS360:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 199
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak
tersedia di bawah semua rangkaian mudah
alih. Oleh itu, anda tidak seharusnya
bergantung pada mana-mana telefon untuk
panggilan kecemasan. Periksa dengan
pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcaskan bateri
anda sepenuhnya sebelum mengecas
semula. Tidak seperti sistem bateri yang
lain, tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas
LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka atau litar pintaskan pek
bateri.
Pastikan sentuhan logam pada bateri
sentiasa bersih.
Gantikan bateri apabila ia tidak lagi
memberi prestasi yang boleh diterima. Pek
bateri boleh dicas semula beratus-ratus
kali sehingga ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan
buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri
kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi,
seperti di bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat yang
panas atau sejuk, ini mungkin menjejaslan
prestasi bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri
digantikan dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah digunakan
mengikut arahan pengilang. Sila kitar
semula apabila boleh. Jangan lupuskan
sebagai sampah rumah tangga.
Jika anda hendak menggantikan bateri,
bawa ia ke pusat servis LG Electronics
atau penjual yang disahkan untuk
mendapatkan bantuan.
Sentiasa tanggalkan pengecas dari soket
dinding selepas telefon dicas sepenuhnya
untuk menjimatkan kuasa pengecas
daripada penggunaan yang tidak diperlukan.
Hayat bateri sebenar bergantung kepada
tatarajah rangkaian, tetapan produk,
corak penggunaan, keadaan bateri dan
persekitaran.
65

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents