Garis Panduan Bagi Penggunaan Yang Selamat Dan Cekap - LG C1150 User Manual

Hide thumbs Also See for C1150:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis Panduan bagi Penggunaan
yang Selamat dan Cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin
merbahaya atau salah di sisi undang-undang. Maklumat
terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.
Pendedahan kepada Tenaga Frekuensi Radio
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) (SAR)
Telefon bimbit model C1100 ini telah direka bentuk supaya
mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi
pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan bagi
semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
]
Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang
radio ini menggunakan unit pengukuran yang disebut Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR.
Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
]
Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras SAR
bagi pelbagai model telefon LG, kesemuanya direka bentuk
supaya memenuhi garis panduan relevan bagi pendedahan
kepada gelombang radio.
]
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing
Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
]
TNilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh
DASY4 bagi penggunaan pada telinga ialah 1.120 W/kg (10g).
4
]
Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah
mengambil had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera
Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics
Engineers) (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu (1)
gram tisu (misalnya Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan
Taiwan).
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
Amaran! Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang
diluluskan untuk digunakan khususnya dengan telefon model ini.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon ini, dan
mungkin merbahaya.
]
Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke
juruteknik khidmat yang berkelayakan apabila kerja pembaikan
perlu dilakukan.)
]
Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer
peribadi.
]
Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti
penyinar atau alat memasak.
]
Jangan jatuhkan.
]
Jangan biarkan unit ini terkena getaran atau kejutan
mekanikal.
]
Salut telefon boleh rosak jika dibalut dengan pembalut atau
pembalut vinil.
]
Gunakan kain kering untuk membersihkan bahagian luar unit
ini. (Jangan gunakan pelarut seperti benzena, penipis atau
alkohol.)

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents