LG -A165 User Manual page 56

Hide thumbs Also See for LG-A165:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 86
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap.
Terdedah kepada kuasa frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar penyerapan
Khusus (SAR)
Model telefon mudah alih LG-A165 ini telah direka untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Keperluan ini berdasarkan pada garis panduan saintifi k yang memasukkan
margin keselamatan untuk memastikan keselamatan semua orang, tidak kira
umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan
unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur
frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon
LG, ia semua direka bentuk untuk memenuhi garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP)
antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
Nilai SAR tertinggi bagi model telefon ini yang telah diuji oleh DASY4 bagi
kegunaan pada telinga ialah 1.27 W/kg (10g) dan semasa dipakai di badan ialah
1.41 W/kg (10g).
Maklumat data SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah mengambil
had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE), iaitu
1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu 1 gram tisu.
26
(Bersambung)
T

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents