Memasang Dan Menanggalkan Alat Tambahan - Philips BRL180 User Manual

Hide thumbs Also See for BRL180:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
2 Untuk menanggalkan kepala pencukur,
lepaskan butang di belakang perkakas ini (Raj.
6).
Memasang dan menanggalkan alat
tambahan
1
Untuk memasang alat tambahan,
pasangkannya pada kepala pencukur ('klik')
(Raj. 7).
2 Untuk menanggalkan alat tambahan,
pegangnya di depan dan belakang dan tariknya
ke atas, daripada kepala pencukur (Raj. 8).
Untuk menanggalkan sikat, tarik belakangnya
ke arah atas dengan menggunakan kuku jari
(Raj. 9).
Mencukur dan merapi
Perkakas ini sesuai untuk digunakan semasa mandi
dalam tab atau di bawah pancuran tetapi anda
juga boleh menggunakannya semasa kering. Jika
anda mahu menggunakan krim atau losen badan,
sapukannya selepas anda menggunakan perkakas
ini.
Nota: Perkakas ini hanya boleh digunakan tanpa
kord.
Nota: Apabila anda menggunakan perkakas ini
untuk merapikan bulu, gunakannya semasa kering
untuk hasil yang terbaik.
1
Letakkan perkakas pada kulit anda dengan cara
di mana alat tambahannya bersentuhan
sepenuhnya dengan kulit (Raj. 10).
2 Untuk anda menggunakan perkakas ini di
bahagian yang sensitif, regangkan kulit dengan
tangan yang bebas. Apabila anda
menggunakan perkakas ini di bawah lengan
anda, angkat lengan anda dan letakkan tangan
anda di belakang kepala anda untuk
meregangkan kulit (Raj. 11).
3 Gerakkan perkakas perlahan-lahan
bertentangan arah pertumbuhan bulu (Raj. 12).
Nota: Jika anda menggerakkan perkakas terlalu
pantas pada kulit anda, anda mungkin tidak akan
memperoleh hasil yang licin.
Kepala pencukur
Anda boleh menggunakan kepala pencukur untuk
mencukur kaki dan badan anda.
Nota: Pastikan anda memeriksa foil sebelum
menggunakannya. Sekiranya ini rosak dengan apa
cara sekalipun, gantikannya dengan segera (lihat
'Penggantian').
Penutup peregang kulit
Anda boleh melampirkan penutup peregang kulit
pada kepala pencukur untuk menegakkan bulu
semasa mencukur. Ini memudahkannya dicukur.
Kepala perapi bikini (BRL180, BRL170
sahaja)
Anda boleh menggunakan kepala perapi bikini
untuk merapikan bahagian yang sukar dicapai
dalam zon bikini.
Letakkan kepala perapi bikini rata di atas kulit
untuk merapikan (Raj. 13). Letakkan kepala perapi
bikini secara tegak lurus di atas kulit untuk
menggayakan dan membentuk (Raj. 14).
Sikat perapi bikini (BRL180, BRL170
sahaja)
Anda boleh menyambungkan sikat perapi bikini
pada kepala perapi bikini untuk merapikan bulu di
kawasan bikini sejauh 3mm (Raj. 15).
Kepala pencukur kecil (BRL180 sahaja)
Anda boleh menggunakan kepala pencukur kecil
untuk cukuran yang teliti bahagian-bahagian kecil
tubuh anda.
Jika bulu di kawasan cukuran lebih panjang
daripada 3mm, rapikannya dahulu dengan kepala
perapi bikini.
Letakkan kepala pencukur kecil rata di atas kulit
(Raj. 16).
Pembersihan dan
penyimpanan
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
1
Matikan perkakas.
2 Gunakan berus pembersih untuk memberus
sebarang bulu yang terkumpul di bawah perapi
kepala pencukur.
3 Tolakkan gelangsar pelepas pemegang foil di
belakang kepada pencukur ke kanan untuk
menanggalkan pemegang foil (Raj. 17).
4 Bersihkan semua bahagian kepala pencukur
dengan berus pembersih, kecuali foilnya.
5 BRL180 sahaja: Untuk membersihkan kepala
pencukur kecil, pegang sisi bahagian atas dan
tariknya daripada bahagian bawah (Raj. 18).
Berus kawasan dalam bahagian atas dan
pemotong bahagian bawah dengan berus
pemberish (Raj. 19) dan kemudian bilas kedua-
dua bahagian.
6 Bilas pemegang foil, kepala pencukur dan alat
tambahan di bawah paip. Goncangkannya
dengan kuat untuk mengeluarkan titisan air.
7 Biarkan semua bahagian kering sepenuhnya.
8 Letakkan pemegang foil semula pada kepala
pencukur ('klik').
9 Pasangkan sikat atau penutup
pelindung/kembara pada kepala pencukur
untuk mengelakkan kerosakan pada kepala
pencukur apabila anda menyimpannya.
10 Simpan perkakas, kepalanya dan alat
tambahan dalam kantung.
Nota: Lincirkan gigi dan foil perapi dengan
menggunakan titisan minyak mesin setiap enam
minggu untuk prestasi yang optimum.
Penggantian
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati
www.shop.philips.com/service atau pergi ke
penjual Philips anda. Anda juga boleh
menghubungi Pusat Penjagaan Pengguna Philips
di negara anda (lihat risalah jaminan seluruh dunia
untuk maklumat perhubungan)
Untuk prestasi yang optimum, kami menasihatkan
anda supaya menggantikan foil dan pemotong
kepala pencukur setiap dua tahun. Jika anda
menggunakan kepala pencukur dua kali atau lebih
dalam seminggu, gantikan unit pemotongnya

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Brl170Brl160

Table of Contents