LG -H735 User Manual page 162

Hide thumbs Also See for LG-H735:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

< SAMBUNGAN >
Kongsi & Bersambung
NFC – Telefon anda adalah telefon mudah alih selular yang didayakan NFC.
NFC (Komunikasi Medan Dekat) adalah teknologi kesambungan wayarles yang
mendayakan komunikasi dua hala antara peranti elektronik. Ia beroperasi dalam
jarak liputan beberapa sentimeter. Anda boleh berkongsi kandungan anda
dengan tag NFC atau peranti lain yang disokong NFC hanya dengan mengetiknya
menggunakan peranti anda. Jika anda mengetik tag NFC dengan peranti anda, ia
akan memaparkan kandungan tag pada peranti anda.
Android Beam – Apabila ciri ini dihidupkan, anda boleh memindahkan kandungan
aplikasi ke peranti berkeupayaan NFC dengan merapatkan peranti.
Hanya rapatkan kedua-dua peranti (biasanya membelakangi satu sama lain)
kemudian ketik skrin anda. Apl akan menentukan apa yang akan dipancarkan.
SmartShare Beam – Membolehkan anda menerima kandungan multimedia
melalui telefon dan tablet LG.
Pelayan media – Berkongsi kandungan media dengan peranti serasi DLNA yang
berdekatan.
LG Bridge – Membolehkan anda menyambung kepada komputer untuk mengurus
telefon anda.
Mencetak – Membenarkan anda mencetak kandungan skrin yang tertentu
(seperti halaman web yang dipaparkan dalam Chrome) kepada pencetak yang
disambungkan pada rangkaian Wi-Fi yang sama seperti peranti Android anda.
Penambat
Penambatan USB – Membolehkan anda berkongsi sambungan Internet dengan
komputer anda melalui kabel USB.
Wi-Fi hotspot – Anda boleh juga menggunakan telefon anda untuk menyediakan
sambungan broadband mudah alih. Buat hotspot dan kongsi sambungan anda.
Bluetooth ditambat – Membolehkan anda menyambung ke peranti lain melalui
Bluetooth.
Bantuan – Memaparkan maklumat Bantuan tentang penambatan USB, hotspot
Wi-Fi, dan penambatan Bluetooth.
Tetapan
71

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents