Download Print this page

Bosch MS6 Series Instruction Manual page 13

Ergomixx and maxomixx fresh vacuum system
Hide thumbs Also See for MS6 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Beg vakum berzip
Untuk penyimpanan makanan di bawah
vakum dengan tujuan memanjangkan
tempoh kesegaran dan jangka hayat
makanan, memerap atau memanaskan
semula di dalam ketuhar gelombang mikro.
Hanya gunakan beg vakum berzip yang asli
dari Bosch.
Memasak dengan teknik
Sous-vide
Teknik masakan Sous-vide bermaksud
makanan „dimasak dalam vakum" pada
suhu rendah.
W Risiko kesihatan!
Dalam penyediaan makanan secara
teknik sous-vide, arahan penggunaan dan
kebersihan berikut mesti diikuti:
■ Gunakan hanya bahan segar daripada
kualiti yang terbaik.
■ Basuh dan disinfeksi tangan. Gunakan
sarung tangan pakai buang atau
penyepit dapur / barbeku.
■ Bahan makanan segar kritikal seperti
Ayam, telur dan ikan perlu diberi
perhatian khusus.
■ Sentiasa basuh dan / atau kupas sayur-
sayuran dan buah-buahan.
■ Sentiasa menjaga kebersihan
permukaan kerja dan papan memotong.
Gunakan papan memotong yang
berlainan untuk jenis makanan yang
berbeza.
■ Patuhi rantaian penyejukan. Rantaian
ini hanya boleh diberhentikan untuk
seketika dalam penyediaan makanan
dan simpan semula makanan yang di
vakum di dalam peti sejuk sebelum
memulakan proses masakan.
■ Makanan ini hanya sesuai untuk terus
dimakan dengan segera. Selepas
selesainya proses masakan, terus
makan makanan tersebut dan jangan
disimpan terlalu lama walaupun di dalam
peti sejuk. Makanan ini tidak sesuai
untuk dipanaskan semula.
■ Jangan memasak makanan ini di dalam
bekas ataupun bungkusan penjualannya
(cth. potongan ikan). Bekas atau
bungkusan ini tidak sesuai untuk
dimasak dengan teknik Sous-vide.
■ Sebaiknya, letakkan makanan di dalam
beg secara bersebelahan dan bukan
secara bertindih.
■ Kami mencadangkan agar injap tidak
direndam di dalam air.
Untuk penghasilan secara profesional dalam
memasak dengan teknik sous-vide, kami
mengesyorkan laci vakum Bosch.
Penggunaan
W Perhatian!
– Pasang dan tanggalkan aksesori hanya
apabila pemacu berhenti dan bekalan
kuasa diputuskan.
– Jangan guna pengadun tangan lebih
dari 10 minit dengan pam vakum. Akhir
sekali, matikan unit asas berserta
dengan pam vakum dan biarkan ia
menyejuk.
– Penyimpanan dalam vakum bukanlah
pengganti untuk menyimpan makanan di
dalam peti sejuk atau peti sejuk beku.
– Sila biarkan makanan menyejuk dahulu
sebelum di vakum.
Pemasangan pam vakum
X Rajah B
■ Letakkan tapak pengadun pada unit asas
dan kunci kedudukannya.
Pembukaan pam vakum
X Rajah C
■ Tekan kedua-dua butang pelepas pada
pam vakum dan tanggalkan unit asas.
Memvakum bekas simpanan
X Susunan rajah D
1. Isikan bahan makanan yang telah
disediakan ke dalam bekas yang
bersesuaian. Beri perhatian pada tanda
max.
Penggunaan
ms
13

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ms8 seriesMsm6 seriesMsm8 seriesMszv6fs1Mszv8fs1