Download Print this page

Philips HP4878 Manual page 17

Hide thumbs Also See for HP4878:

Advertisement

-
Sambil itu, anda boleh mendandan rambut dengan menggunakan
tangan yang lagi satu atau dengan sikat.
-
Anda boleh juga membentukkan kerinting atau alun dengan tangan
anda semasa pengeringan. Ini akan mengelakkan kerinting dari
melendut atau menjadi kerinting halus.
Rambut panjang
Untuk mengeringkan rambut panjang, anda boleh meratakan
gumpalan-gumpalan rambut di atas alat penyebar (gamb. 13).
Sebaliknya, anda boleh menyikat rambut anda ke bawah dengan
pin-pin alat penyebar semasa pengeringan (gamb. 14).
Petua dandanan dan pengeringan
Inilah satu gaya yang boleh dicipta dengan mudah dan lembut dengan
menggunakan pengering rambut Powerprotect Salon 2000 Philips.
Semakin anda membiasakan diri dengan peralatan itu, anda akan
mendapati cara lain untuk mencipta gaya-gaya yang hebat. Hanya
gunakan imaginasi anda!
1
Setelah mencuci dan merapi rambut seperti biasa, mulalah
mengeringkan rambut basah dengan tuala, kemudian menyisirnya
secara hati-hati.
2
Letakkan alat penyebar (HP4877 dan HP4878 sahaja) dalam
rambut anda dengan hujung-hujung pin udara menyentuh kulit
kepala anda. Gerakkan penyebar secara membulat supaya rambut
terangkat ke arah dasar penyebar dan pin udara dapat
mengeringkan rambut dari akar ke atas. Ini akan menambahkan
kekembangan ke rambut anda.Teruskan mengering sehingga
rambut anda kering di akar.
3
Tetapkan aliran udara ke kedudukan yang lebih rendah dan
teruskan pengeringan sehingga rambut benar-benar kering.
Gunakan sikat atau berus untuk mendandan rambut anda seperti
yang dikehendaki semasa mengering.
4
Untuk mencipta kekembangan di hujung rambut, pegang alat
penyebar dalam kedudukan melintang dan letakkan beberapa
gumpalan rambut pada dasar penyebar di antara pin-pin udara dan
BAHASA MALAYSIA
17

Advertisement

loading