Bahasa Melayu
8
- Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hatilah semasa menggerudi lubang pada dinding
untuk memasang lekapan dinding ini.
- Paras hingar maksimum: Lc = 85 dB(A)
Medan elektromagnet (EMF)
- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.shop.philips.com/service atau pergi ke penjual
Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pengguna Philips di negara anda (lihat
risalah jaminan seluruh dunia untuk maklumat perhubungan).
Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca
risalah jaminan antarabangsa.
Kitar semula
- Jangan buang produk bersama sampah rumah biasa di akhir hayatnya, sebaliknya bawanya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu untuk
memelihara persekitaran.
- Produk ini mengandungi bateri boleh cas semula bina dalam yang tidak harus dibuang bersama
sampah rumah biasa. Kami menasihatkan anda untuk membawa produk anda ke pusat pungutan
rasmi atau pusat khidmat Philips supaya bateri boleh cas semula itu dikeluarkan oleh seorang
profesional.
- Ikuti peraturan negara anda bagi pemungutan produk elektrik dan elektronik serta bateri kitar
semula secara berasingan. Pembuangan secara betul membantu mengelakkan akibat negatif bagi
kesihatan manusia dan persekitaran.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas semula apabila anda membuang produk ini. Sebelum
anda mengeluarkan bateri, pastikan produk dicabut daripada soket dinding dan bateri
kosong sepenuhnya.
Lakukan sebarang langkah berjaga-jaga yang perlu apabila anda mengendalikan alat
untuk membuka produk dan apabila anda membuang bateri boleh cas semula.
Untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula, ikut arahan di bawah.
1 Biarkan perkakas berjalan sehingga ia berhenti.
2 Tanggalkan bekas habuk dan siklon daripada pembersih (Raj. 3) vakum kendalian tangan.
3 Tanggalkan dua skru pada bahagian dalam pembersih (Raj. 4) vakum kendalian tangan.
4 Putar pembersih vakum kendalian tangan dan tanggalkan empat skru pada sebelah (Raj. 5) yang
satu lagi.
5 Tanggalkan panel belakang daripada pembersih (Raj. 6) vakum kendalian tangan.