Bahasa Melayu - Philips FC6149 Manual

Hide thumbs Also See for FC6149:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BAHASA MELAYU

16
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Semua jenis nombor kecuali FC6142: Jangan memvakum air atau sebarang cecair lain.
-
Jangan memvakum bahan membakar atau abu panas.
-
Jangan sekali-kali merendam pembersih vakum atau pengecas di dalam air atau sebarang cecair
lain, atau membilasnya di bawah paip.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
-
Jangan gunakan pembersih vakum atau pengecas sekiranya ianya rosak.
-
Pengecas dan penyesuai tidak boleh digantikan. Jika pengecas atau penyesuai rosak, perkakas
mesti dibuang.
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantinya dengan plag
yang lain, kerana ini akan menyebabkan keadaan berbahaya.
-
FC6142 sahaja: Jangan pegang perkakas dengan petak habuk menuding ke atas dan jangan
condongkan perkakas ke sisi semasa memvakum cecair.
-
FC6142 sahaja: Setelah anda menggunakan perkakas untuk memvakum cecair, kosongkan dan
keringkan petak habuk sebelum anda menyimpan perkakas ke dalam pengecas.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
-
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
-
Perkakas ini mengandungi bateri yang tidak boleh digantikan.
Awas
-
Keluarkan penyesuai dari soket dinding sebelum anda membersihkan pengecas.
-
Hanya cas pembersih vakum dengan pengecas yang disediakan. Semasa pengecasan,
penyesuai terasa panas apabila disentuh. Ini adalah biasa.
-
Sentiasa matikan pembersih vakum selepas menggunakannya dan apabila anda mengecasnya.
-
Voltan pada jalur sesentuh di dalam unit pengecasan adalah rendah (maks. 12 volt) maka ia tidak
berbahaya.
-
Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
-
Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
-
Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hati apabila menggerudi lubang pada dinding
untuk memasang unit pengecasan, terutamanya jika berhampiran dengan soket dinding.
-
Cas, simpan dan gunakan perkakas pada suhu di antara 5°C dan 35°C.
-
Jangan buka atau melitar pintaskan bateri. Lindungi bateri daripada kebakaran, haba dan cahaya
matahari langsung.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc6144Fc6148Fc6142iib

Table of Contents