Sharp KC-G60E Operation Manual page 20

Air purifier with humidifying function
Hide thumbs Also See for KC-G60E:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Sentiasa ikuti langkah keselamatan asas
semasa menggunakan perkakas elektrik,
termasuk yang berikut:
AMARAN
– Sentiasa perhatikan yang
berikut untuk mengurangkan risiko kejutan
elektrik, kebakaran atau kecederaan:
• Baca semua arahan sebelum menggunakan unit ini.
• Hanya gunakan salur keluar 220-240 volt.
• Perkakas ini tidak direka untuk digunakan
oleh mereka (termasuk kanak-kanak)
yang cacat tubuh badan, cacat deria atau
mental, mahupun mereka yang kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
jika mereka diberikan penyeliaan atau
arahan yang betul tentang cara penggunaan
perkakas oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh
pengilang, wakil servis, Pusat Servis Sharp
yang sah atau individu yang berkelayakan
sama bagi mengelakkan bahaya.
• Pastikan anda menanggalkan palam kuasa
apabila mengisi semula Tangki Air sebelum
menjalankan penyelenggaraan, apabila
menanggalkan, memasang dan menggantikan
penapis serta apabila tidak menggunakannya
untuk masa yang lama. Kegagalan melakukan
sedemikian akan menyebabkan litar pintas
berlaku yang mengakibatkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
• Jangan gunakan unit ini jika kord kuasa
atau palamnya rosak atau jika sambungan
ke salur keluar dinding longgar.
• Dari semasa ke semasa buang habuk yang
melekat pada palam.
• Jangan masukkan jari atau objek asing ke
dalam salur masuk atau salur keluar udara.
• Sentiasa pegang palam dan jangan sesekali
tarik kordnya apabila hendak menanggalkan
palam kuasa. Kegagalan berbuat demikian
boleh menyebabkan litar pintas yang boleh
mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
• Apabila mengeluarkan unit ini, jangan
biarkan rodanya merosakkan kord kuasa.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan
kejutan elektrik, penjanaan haba atau kebakaran.
• Berhati-hati agar kord kuasa tidak rosak,
jika tidak, boleh menyebabkan kejutan
elektrik, terlebih panas atau kebakaran.
• Jangan tanggalkan palam dengan tangan yang basah.
• Jangan letakkan unit ini berhampiran perkakas
yang menggunakan gas atau tempat berdiang.
• Hanya Pusat Servis Sharp yang Sah boleh
menservis pembersih udara ini. Sila hubungi
Pusat Servis yang berdekatan bagi sebarang
masalah, pelarasan atau pembaikan.
• Jangan kendalikan unit ini di dalam bilik
di mana penyembur pembunuh serangga
digunakan. Jangan kendalikan unit ini di
dalam bilik di mana udaranya berminyak,
kemenyan atau setanggi sedang dibakar,
terdapat nyalaan api untuk menyalakan rokok
atau udaranya berwasap bahan kimia. Jangan
kendalikan unit ini di lokasi di mana unit ini
mungkin basah, seperti di dalam bilik air.
• Sila berhati-hati semasa membersihkan
unit ini. Bahan pencuci yang kuat mengakis
boleh merosakkan bahagian luar unit.
• Apabila mengangkat unit ini, keluarkan
dahulu Tangki Air dan Dulang Pelembapnya,
kemudian pegang unit pada pemegangnya
di sebelah kiri dan kanan.
• Jangan minum air di dalam Dulang
Pelembap atau Tangki Air.
• Jangan dedahkan unit kepada air. Berbuat
demikian boleh menyebabkan litar pintas
atau kejutan elektrik.
• Ganti air di dalam Tangki Air setiap hari dengan
air bersih dari paip, dan selalulah bersihkan
Tangki Air dan Dulang Pelembap (Ruj. M-8,
M-11 dan M-12). Apabila unit ini tidak digunakan,
buang air di dalam Tangki Air dan Dulang
Pelembap. Membiarkan air di dalam Tangki Air
atau Dulang Pelembap boleh mengakibatkan
kulapuk, bakteria dan bau busuk.
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, bakteria
sedemikian boleh membahayakan kesihatan.
NOTA
– Apa harus dilakukan jika unit
mengganggu penerimaan radio atau TV
Jika pembersih udara mengganggu
penerimaan radio atau televisyen, cuba satu
atau lebih langkahlangkah berikut:
• Ubah atau alih kedudukan antena penerima.
• Jauhkan unit dari radio atau TV.
• Sambungkan alat ini kepada salur keluar pada
litar yang berbeza dengan yang bersambung
kepada penerima radio atau TV.
• Dapatkan nasihat penjual atau juruteknik
radio atau TV yang berkelayakan.
AMARAN BERKAITAN OPERASI
• Jangan halang salur masuk atau keluar udara.
• Jangan letak unit ini berdekatan atau di atas
objek panas, seperti dapur masak atau alat
pemanas, atau di mana ia mungkin terkena
wap air.
M-3

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Kc-g50eKc-g40eKc-g60lKc-g50lKc-g40lKc-g60m ... Show all

Table of Contents