Bosch MCM?3...GB Instruction Manual page 32

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Cakera pemotong
m
Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menggenggam bilah tajam atau
pinggir cakera pemotong. Pegang cakera
pada pinggirnya sahaja!
Jangan meletakkan jari dalam tiub
suapan. Hanya gunakan penolak apabila
menambah lebih banyak bahan.
Cakera hiris boleh terbalik –
tebal/nipis
Untuk menghiris buah-buahan
dan sayur-sayuran.
Proses pada pengesetan 1.
Pengenalpastian pada cakera hiris boleh
terbalik: "kasar" untuk sisi pemotongan tebal,
"halus" untuk sisi pemotongan nipis
Amaran!
Cakera hiris boleh terbalik tidak sesuai untuk
menghiris keju keras, roti, rol atau coklat.
Hiris kentang rebus yang berlilin hanya
apabila ia telah sejuk.
Cakera mayang boleh terbalik –
kasar/halus
untuk memayang sayur-sayuran,
buah-buahan, keju, kecuali keju keras
(misalnya Parmesan).
Proses pada pengesetan 1.
Penentuan pada cakera mayaang boleh
terbalik: "2" untuk sisi mayang kasar
"4" untuk sisi mayang halus
Amaran!
Cakera mayang boleh terbalik tidak sesuai
untuk memayang kekacang. Mayang keju
lembut dengan sisi kasar hanya pada
pengesetan 2.
Cakera hiris/mayang boleh
terbalik
untuk menghiris dan memayang
buah-buahan, sayur-sayuran dan keju.
Proses pada pengesetan 2.
Rajah 
Pasang mangkuk (anak panah pada
mangkuk berada pada titik pada
perkakas) dan putar setakat mana yang
boleh mengikut arah pusingan jam.
Masukkan pemegang alat ke dalam
mangkuk.
32
32
Bergantung pada penggunaan yang
diperlukan:
Tempatkan cakera pemotong pada
pemegang alat. Pusingkan sisi cakera
hiris/cakera mayang yang dikehendaki
menghadap ke atas. Tempatkan cakera
pada pemegang cakera supaya pemacu
pada pemegang alat mencengkam
bukaan dalam cakera.
Pasang tudung dengan penolak
(padankan anak panah pada tudung
dengan anak panah pada mangkuk)
dan putar mengikut arah pusingan jam.
Cuping tudung mesti terletak sepenuhnya
dalam lubang alur dalam pemegang
mangkuk.
Masukkan palam sesalur.
Setkan suis putar pada pengesetan yang
dikehendaki.
Isi kandungan yang hendak dihiris atau
dimayang.
Apabila menambah kandungan yang
hendak dihiris atau dimayang, hanya
kenakan tekanan ringan kepada penolak.
Keluarkan penolak dan tambah bahan
melalui tiub suapan.
Amaran!
Kosongkan mangkuk sebelum ia menjadi
terlampau penuh sehinggakan kandungan
yang dipotong atau diparut sampai ke cakera
pembawa.
Selepas menggunakan perkakas
Setkan suis putar kepada 0/mati.
Cabut palam sesalur.
Putar tudung dalam arah lawan jam dan
tanggalkannya.
Tanggalkan alat:
Keluarkan pemegang alat bersama-
sama dengan bilah universal, cakera
pemukul atau cangkuk uli dari
mangkuk. Tanggalkan perkakas dari
pemegang perkakas.
Keluarkan cakera pemotong pada
stad plastik di tengah-tengah.
Keluarkan pemegang alat dari
mangkuk.
Putar mangkuk mengikut arah lawan jam
dan tanggalkannya.
Bersihkan semua bahagian, lihat
"Pembersihan dan servis".
Robert Bosch Hausgeräte GmbH

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents