Pengendalian - Bosch MCM?3...GB Instruction Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Dengan pemotong universal, gunakan
perkakas pada kuasa penuh (mengikut
resipi). Anda boleh mendapatkan resipi
pada halaman berilustrasi (Rajah ).
Jika pemotong universal tidak disertakan
dengan pengadun tangan, ia boleh ditempah
dari khidmat pelanggan (no. pesanan
12005833).

Pengendalian

Sebelum mengendalikan perkakas dan
aksesori untuk kali pertama, bersihkannya
dengan teliti, lihat "Pembersihan dan servis".
Persediaan
Letakkan unit asas pada permukaan
yang rata dan bersih.
Tarik kabel keluar dari unit asas pada
panjang yang diperlukan.
Maklumat penting
– Hanya gunakan suis putar untuk
menghidupkan atau mematikan
perkakas.
– Jangan sekali-kali matikan perkakas
dengan memutarkan mangkuk,
pengadun atau alat.
– Jangan hidupkan perkakas melainkan
alat atau aksesori telah dipasang dengan
lengkap.
Mangkuk dengan aksesori/alat
m
Risiko kecederaan daripada alat
yang berputar!
Semasa perkakas sedang dikendalikan,
jauhi jari dari mangkuk adun. Sentiasa
gunakan penolak untuk menambah
bahan.
Selepas dimatikan, pemacu akan terus
berputar untuk masa yang singkat. Tukar
alat hanya apabila pemacu telah berhenti
sepenuhnya.
Amaran!
Apabila mengendalikan mangkuk, perkakas
tidak boleh dihidupkan sehingga mangkuk
telah dipasang dan tudungnya telah
dipasang dan diskrukan dengan ketat.
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
Bilah universal
untuk memotong, mencincang,
mencampur.
m
Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menyentuh mata bilah pemotong
universal dengan tangan terdedah.
Apabila tidak digunakan, sentiasa simpan
bilah universal dalam adang bilah. Pegang
bilah universal pada pinggir pemegang
plastik sahaja.
Cangkuk uli
untuk menguli doh dan
mengadun bahan yang tidak perlu dipotong
(contohnya kismis dan cip coklat).
Cakera cincang
untuk krim, putih telur, mayonis.
Rajah
Pasang mangkuk (anak panah pada
mangkuk berada pada titik pada
perkakas) dan putar setakat mana yang
boleh mengikut arah pusingan jam.
Masukkan pemegang alat ke dalam
mangkuk.
Masukkan bilah universal, cakera
pemukul atau cangkuk uli ke dalam
pemegang perkakas dan lepaskan.
Perhatikan kedudukan alat semasa
memasukkannya! Tekan alat ke bawah
sepenuhnya.
Amaran!
Jangan menambah bahan sehingga alat
telah dimasukkan.
Tambah bahan.
Pasang tudung dengan penolak
(padankan anak panah pada tudung
dengan bintik pada mangkuk) dan putar
mengikut arah pusingan jam. Cuping
tudung mesti terletak sepenuhnya dalam
lubang alur dalam pemegang mangkuk.
Masukkan palam sesalur.
Setkan suis putar pada pengesetan yang
dikehendaki.
Untuk menambah lebih banyak bahan,
setkan suis putar kepada 0/mati.
Keluarkan penolak dan tambah bahan
melalui tiub suapan. Penolak boleh
digunakan sebagai cawan penyukat.
ms
31
31

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents