Download Print this page

Philips AVENT SCF355 Manual page 24

Hide thumbs Also See for AVENT SCF355:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU
24
24
-
Permukaan elemen pemanas mungkin mempunyai baki haba selepas
penggunaan.
-
Biarkan perkakas menjadi sejuk sebelum anda membersihkannya.
-
Ikut arahan untuk menanggalkan kerak bagi mengelakkan kerosakan
yang tidak dapat dibaiki.
-
Jangan cuba untuk membuka atau membaiki perkakas sendiri.
Anda boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips
di negara anda (lihat www.philips.com/support).
Anda boleh menemui kod tarikh keluaran TTMM dalam ruang
penyimpanan kord pada bahagian bawah pemanas botol.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
Menggunakan pemanas botol
Dengan pemanas botol ini, anda boleh memanaskan semua botol
penyusuan Philips Avent dan susu/makanan bayi di dalam bekas
serta balang makanan bayi yang lain dengan selamat.
Nota: Beg susu badan Philips Avent dan botol 2oz/60ml Philips Avent
tidak boleh digunakan dalam pemanas botol ini.
Penerangan tetapan
-
Tetapan mati: Apabila pemanas botol dimatikan, lampu juga akan mati.
Pada tetapan yang lain, apabila perkakas dihidupkan, lampu juga akan
bernyala (Gamb. 2).
-
Tetapan nyahfros: Nyahfros susu/makanan bayi di dalam botol/bekas
menjadi cecair. Pemanasan tidak berlaku.
-
Tetapan pemanasan susu untuk kandungan sehingga 180ml/6oz:
Pilih tetapan ini apabila anda mahu memanaskan botol susu dengan
kandungan sehingga 180ml/6oz.
-
Tetapan pemanasan makanan: Pilih tetapan ini apabila anda mahu
memanaskan bekas/balang makanan bayi.
-
Tetapan pemanasan susu untuk kandungan sebanyak 180ml/6oz
atau lebih: Pilih tetapan ini apabila anda mahu memanaskan botol
susu dengan kandungan sebanyak 180ml/6oz atau lebih.

Hide quick links:

Advertisement

loading