Samsung M1933N Owner's Instructions Manual page 5

Hide thumbs Also See for M1933N:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Langkah-langkah Keselamatan (sambungan)
7. Untuk mengurangkan risiko kebakaran di dalam rongga ketuhar:
Jangan simpan bahan-bahan yang mudah terbakar di dalam ketuhar
Tanggalkan ikatan dawai daripada kertas atau beg plastik
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk mengeringkan
surat khabar
Kalau ternampak asap di dalam ketuhar, biarkan pintu ketuhar tertutup
dan tutup suis atau cabut palam ketuhar daripada bekalan kuasa.
8. Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi.
SENTIASALAH memberikan standing time sekurang-kurangnya 20 saat
selepas ketuhar ditutup suisnya supaya suhunya boleh menjadi sama.
Kacau semasa memanaskannya, jika perlu, dan SENTIASALAH kacau
selepas memanaskannya.
Berhati-hati apabila mengendalikan bekas selepas memanaskannya. Kulit
anda mungkin melecur sekiranya bekas itu terlalu panas.
Ambil langkah berhati-hati bila memanaskan minuman dan makanan bayi.
Wujud risiko didihan membuak-buak yang lambat berlaku.
Untuk mencegah didihan yang lambat berlaku dan kemungkinan kulit
anda melecur, anda harus meletakkan sebatang sudu atau batang kaca
ke dalam minuman dan kacau, sebelum, semasa dan selepas
memanaskannya.
Sebab:
Semasa memanaskan cecair, takat didih boleh jadi lambat
berlaku; ini bermakna bahawa didihan yang membuak-buak
boleh bermula selepas bekas itu dikeluarkan dari ketuhar. Kulit
anda mungkin melecur.
Sekiranya kulit melecur, ikuti panduan pertolongan cemas yang berikut:
*
Benamkan bahagian yang melecur itu di dalam air sejuk selama
sekurang-kurangnya 10 minit.
*
Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
*
Jangan bubuh apa-apa krim, minyak atau losyen.
JANGAN SEKALI-KALI mengisi bekas hingga penuh dan pilih bekas
yang bahagiannya lebih lebar daripada bahagian bawahnya untuk
mengelakkan cecair daripada mendidih keluar. Botol yang berleher
sempit juga boleh meletup kalau terlampau panas.
SENTIASA periksa suhu makanan atau susu bayi sebelum mcmberinya
kepada bayi.
JANGAN SEKALI-KALI memanaskan botol bayi dengan puting dipasang
padanya, kerana botol mungkin meletup sekiranya terlalu panas.
9. Berhati-hati agar tidak merosakkan kabel kuasa.
Jangan benamkan kabel kuasa atau palam di dalam air dan jauhkan kabel
kuasa daripada permukaan yang panas.
Jangan kendalikan peralatan ini sekiranya kabel kuasa atau palamnya
rosak.
10. Berdiri sejauh dua kaki dari ketuhar sebelum membuka pintunya.
Sebab:
Udara atau wap panas yang dibebaskan boleh melecurkan kulit.
11. Pastikan bahagian dalam ketuhar sentiasa bersih.
Sebab:
Remah-remah makanan atau percikan minyak yang melekat pada
dinding atau lantai ketuhar boleh mengakibatkan kerosakan cat dan
mengurangkan kecekapan ketuhar itu.
12. Anda dapat mendengar bunyi "Klik" sewaktu ketuhar sedang beroperasi
( terutama apabila ketuhar Anda mulai sejuk).
Sebab:
Bunyi tersebut adalah normal bila aliran elektrik dipasang.
13. Apabila ketuhar gelombang mikro beroperasi tanpa sebarang muatan, kuasa
akan terputus secara automatik untuk keselamatan. Anda boleh mengguna
ketuhar seperti biasa selepas membiarkannya selama lebih 30 minit.
PANDUAN KESELAMATAN YANG PENTING
Semasa memasak, anda mesti melihat ke dalam ketuhar dari semasa ke semasa
apabila makanan dipanaskan atau dimasak di dalam bekas-bekas pakai buang
yang diperbuat daripada plastik, kertas atau bahan-bahan mudah terbakar yang
lain.
MUSTAHAK
Anak-anak kecil tidak harus SEKALI-KALI dibenarkan menggunakan atau
bermain dengan ketuhar gelombang mikro. Mereka juga tidak harus dibiarkan
berseorangan berhampiran ketuhar gelombang mikro semasa ia sedang
digunakan. Barang-barang yang menarik minat kanak-kanak tidak harus
disimpan atau disembunyikan di atas ketuhar.
5
MA

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents